Tuesday, August 24, 2010

Tokoh Model Sosial

 


ALBERT BANDURA

        ·         Lahir pada 4 Disember 1925 di Mundare kanada.
        ·         Merupakan anak bongsu daripada enam orang adik   beradik. 
        ·       Bapanya : Bandura berasal dari Krakow, Poland
        ·         Ibunya berasal dari Ukrain.

            Taraf pendidikan :



  • Pendidikan awal melalui bapanya yang amat  menekankan ilmu dan  mengajarkannya tiga bahasa iaitu : Polish, Russian, dan German.
  • Bersekolah sehingga sekolah tinggi di satu-satunya  sekolah di bandar tersebut.
  • Meneruskan pembelajaran di University Of Collumba.
  • Mengambil jurusan psikologi pada awalnya untuk mengisi masa lapang. 
  • Akhirnya pada tahun 1949 lulus dari Universiti British Columbia dalam jurusan psikologi.    
                                                             


Teori Albert Bandura :

1.      Bandura banyak terpengaruh dengan pendekatan teori pembelajaran untuk meneliti tingkah laku manusia.
2.      Bandura mengkaji bagaimana persepsi kita terhadap ancaman boleh mempengaruhi rembesan neurotransmitters serta hormon yang berkaitan dengan tekanan ke dalam pengaliran darah - mengutarakan efeksi kendiri.
3.      Menurut beliau, manusia adalah makhluk yang bersifat proaktif, sentiasa membuat refleksi kendiri, mempunyai kebolehan kawalan kendiri dan berupaya mengurus diri.


Kajian : Patung Bobo

1.Berkaitan proses pembelajaran yang melibatkan individu melihat dan meniru tingkah laku orang lain.
2.kanak-kanak tadika dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk menonton video.

Kumpulan 1
Kajian: video orang dewasa bertindak kasar terhadap patung Bobo dan diberi peneguhan.
Kesan: Kumpulan 1 : bertindak ganas seperti dalam video.

Kumpulan 2
Kajian: menonton tindakan yang sama tanpa diberi peneguhan.
Kesan: bertindak ganas selepas diberi peneguhan.

Kumpulan 3
Kajian: video orang dewasa yang tidak bertindak ganas terhadap patung Bobo.
Kesan: tidak bertindak ganas.




Proses modeling.
1.      Pemerhatian
-          Proses yang berlaku berulang kali dalam peniruan tingkah laku model.
-          Tumpuan pemerhatian merujuk kepada faktor tarikan seperti berwarna, dramatik dan keinginan mendalam terhadap sesuatu.
-          Contoh: kanak-kanak sering melihat ibunya memasak di dapur.

2.      Pengekalan/ penyimpanan
-          Proses mental
-          Tingkah laku yang telah dilihat akan dibentuk dalam bentuk imej atau verbal.

1.      Penghasilan semula
-           Dari proses mental, tingkah laku dipindahkan dalam 
        bentuk perbuatan.
-          Memerlukan latihan dan praktis bagi mencapai apa yang 
        telah disimpan dalam proses mental
-          Contoh: main masak-masak = kanak-kanak mula main 
        peranan (play pretend) seperti apa yang telah dilihat.

2.      Peneguhan dan motivasi.
-          Melalui meneguhan dan dendaan
-          Penghasilan semula tingkah laku melalui sebab-sebab   
        konkrit : seronok, gembira, sedih, gagal.
-          Contoh: kanak-kanak akan selalu bermain dan meminta  
        untuk membeli alat permainan yang baru.








No comments:

Post a Comment