KONSEP
- Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
- Suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang tekawal dan diwujugkan sama dengan situasi dengan tujuan menjalankan latihan penyelesaian masalah tertentu.. Digunakan dalam P & P bilik darjah untuk membolehkan pelajar berlatih sendiri dalam lakonan.
- Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
- Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.
- Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.
- Murid jalankan sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara pemyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan.
- Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
- Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran
JENIS2 SIMULASI
1. Sosiodrama.
- Suatu aktiviti lakonan yang menarik.
- Berdasarkan suatu cerita yang menggambarkan suatu situasi atau isu konflik,mempunyai perwatakan menentang nilai sosial.
- Aktiviti lakonan berdasarkan cerita yang lengkap, skrip lakonan yang disediakan untuk murid2 supaya mereka dapat membaca dan membuat persediaan.
- Prinsip2 sosiodrama:
i. Pastikan situasi yang diwujudkan adalah berkaitan dengan pengalaman murid2.
ii. Pilih murid yang fasih dan lantang percakapannya.
iii. Murid hendaklah memahami peranannya dengan jelas.
iv. Murid boleh diberi masa untuk membuat persediaan.
v. Menarik perhatian murid2 lain tentang aspek yang perlu diberi perhatian.
vi. Pasatikan keadaan emosi sosiodrama dapat dikawal.
vii. Peringkat akhir, adakan perbincangan dan buat satu rumusan.
- Tujuan :
i. Meningkatkan kefahaman murid2 terhadap satu2 situasi tertentu.
ii. Menimbulkan kesedaran tentang mengapa satu2 perbuatan itu dianggap salah.
iii. Memberikan peluang kepada murid untuk melahirkan perasaan.
iv. Member peluang kepada murid melakonkan pelbagai watak.
v. Membantu murid berkomunikasi secara berkesan
No comments:
Post a Comment