Sunday, August 1, 2010

PENGENALAN

KONSEP

Alam belajar murid terdiri daripada dua komponen :

Alam Fizikal:-
Fizikal boleh diibaratkan sebagai ‘guru yang kedua’ bagi seseorang pelajar dalam bilik darjah. Alam fizikal banyak mencerminkan gaya pengajaran seorang guru di bilik darjah. Sususan kerusi dan meja , pokok-pokok dalam pasu, gambar-gambar pemandangan, papan kenyataan , hasil kerja pelajar akan mengwujudkan satu keadaan yang kondisif untuk seseorang pelajar.Penyusunan meja kerusi pelajar sebagai gaya auditorium, gaya bersemuka ,gaya off-set ,gaya seminar dan gaya cluster akan membantu pelajar untuk meningkatkan pelajaran mereka.

Psikososial:-
Faktor psikososial seperti nada suara yang sesuai, suasana yang kondusif , tingkah laku yang diterima dan saling berbudi bahasa akan membantu seorang pelajar dalam aspek keselamatan dan keselesaan mereka dalam persekitaran sekolah.Seorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah didampingi, beramah tamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan pelajar akan memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang diajar.

No comments:

Post a Comment