Tuesday, August 24, 2010

Model Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif


-       Kooperatif adalah suatu gambaran kerjasama antara individu yang satu dengan lainnya dalam suatu ikatan tertentu. Ikatan–ikatan tersebut yang menyebabkan antara satu dengan yang lainnya merasa berada dalam satu tempat dengan tujuan–tujuan yang secara bersama–sama diharapkan oleh setiap orang yang berada dalam ikatan itu.

Pemikiran tersebut hanya merupakan suatu gambaran sederhana apa yang tersirat tentang kooperatif. Sedangkan pengertian dari pembelajaran kooperatif menurut para ahli pendidikan adalah sebagai berikut:

-       Eggen dan Kauchak (1993: 319) mendefinisikan pembelajaran kooperatif sebagai sekumpulan strategi mengajar yang digunakan guru agar murid saling -membantu dalam mempelajari sesuatu. Pembelajaran kooperatif ini juga dinamakan “belajar teman sebaya.”      (http://blog-anakdesa.blogspot.com/2010/01/teori-belajar-kooperatif.html)
-       Model pembelajaran koperatif bukan sahaja membantu pelajar dalam menguasai kandungan pembelajaran, tetapi membantu mereka memperoleh kemahiran dalam aspek sosial dan perhubungan manusia. 
-       Menurut Arends (2001), fokus utama pembelajaran berkisar kepada tiga perkara iaitu
i.              Pencapaian akademik
ii.            Penerimaan kepelbagaian
iii.           Kemahiran sosial

-       Ciri-ciri model pembelajaran ini ialah
i.              Tugasan koperatif
ii.            Matlamat
iii.           Struktur ganjaran

-       Semangat kerjasama murid dalam menyiapkan tugasan sangat dititik beratkan demi mencapat matlamat yang sama dan juga untuk mendapat ganjaran bersama. 

-       Menurut Salvin (2005), model ini merupakan satu pembelajaran aktif yang berupaya untuk mengubah struktur pembelajaran yang pasif kepada lebih dinamis dan berpusatkan murid. Mereka akan bekerjasama dan saling bergantungan untuk menuju pencapaian satu matlamat secara berpasukan. ( Heinich et. al.,2005 )

-       Umumnya, pembelajaran ini bermatlamatkan untuk mengubah norma dalam kalangan pelajar demi mencapai kecemerlangan dalam tugasan dan pembelajaran.  malahan, dapat mendatangkan manfaat kepada kumpualn pelajar yang mempunyai pencapaian yang rendah di mana dibantu oleh kumpualn pelajar yang cemelang. Situasi ini dipanggil saling bergantungan dalam menyelesaikan tugasan secara bersama.

-       Kaedah pembelajaran menggunakan idea ‘scaffolding’:
o   Pelajar dibahagi kepada kumpulan-kumpulan kecil 
o   Setiap kumpulan ditetapkan objektif pencapaiannya
o   Objektif kumpulan hanya boleh dicapai apabila semua ahli kumpulan dapat       menyempurnakan tugas masing-masing
o   Gred akhir ditentukan oleh skor diperolehi setiap individu

-       Terdapat enam konsep utama yang ditekankan iaitu :

i.              Pasukan
Kumpulan yang dibentuk tidak terlalu menumpukan kepada saiz dan bilangan murid yang terlibat. Namun, kebiasaannya kumpulan yang  dibentuk mempunyai 3 atau 4 orang ahli dan memberikan imej yang positif serta mampu berkekalan dalam suatu tempoh masa.
Menurut Kagan (1994),   ahli dalam kumpulan saling bergantungan antara satu sama lain di mana saling menerima dan memberikan sokongan. Aspek yang ditekankan ialah mempunyai ahli yang memiliki tahap pencapaian yang berbeza iaitu cerdas, sederhana dan lemah serta berbilang kaum atau etnik.

ii.            Pengurusan pembelajaran koperatif.
Kagan (1994) berpendapat, untuk mendapatkan situasi yang kondusif dalam pembelajaran ini perlu disediakan kemahiran pengurusan yang efisen. Contohnya ialah ; mengadakan Quiet Signal, kedudukan pelajar, kemahiran memberikan arahan, cara menarik perhatian murid, kemahiran menyoal serta peranan membimbing kumpulan.

iii.           Keinginan  untuk bekerjasama
Antara yang dapat diapliksikan ialah pembentukan pasukan, kegunaan tugasan koperatif dan sistem penghargaan atau ganjaran. Tujuannya ialah bagi memastikan setiap ahli dalam kumpulan dalam membentuk pasukan yang beridentitikan positif seperti saling mengormati dan berkasih sayang. Dari segi kegunaan tugasan koperatif pula, guru memainkan peranan yang sangat penting di mana seharusnya menyediakan tugasan yang memerlukan penglibatan murid dalm kumpulan secara menyeluruh. Sistem penghargaan yang dibentukan adalah untuk memotivasikan murid. Terdapat dua cara untuk guru memberikan motivasi  kepada pelajar supaya terus belajar (Slavin, 1994).
Pertama, guru perlu menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pelbagai alat  Bantu Mengajar (ABM).  Kedua, guru boleh memberi insentif kepada pelajar dengan cara  memberikan  ganjaran atau pujian kepada pelajar yang dapat menguasai sesuatu kemahiran atau memberi dendaan kepada pelajar yang tidak  dapat menguasai sesuatu kemahiran.               

iv.           Kemahiran untuk bekerjasama
Pentingnya kemahiran sosial dalam pembelajaran koperatif. Cara membentuknya ialah melalui pemerhatian, pemodelan, main peranan, penerangan, peneguhan dan latihan atau amalan kemahiran sosial.
Menurut Kagan, empat kaedah yang paling penting ialah pemodelan dan peneguhan, tugasan main peranan, penstrukturan dan refleksi.

v.            Prinsip-prinsip pembelajaran koperatif
Antara prinsipnya ialah kebergantungan positif (P : Positive Interdepence), akauantabiliti individu (I : Indivindual Accountability), penglibatan seimbang (E : Equal Participation) dan interaksi bersemuka (S : simultaneous Interaction).
Kebergantungan positif ialah ahli anggota dalam kumpulan mempunyai korelasi yang positif. Kejayaan yang diperolehi hasil daripada sikap saling bergantungan untuk mencapai matlamat.
Akauantabiliti individu pula sikap ahli dalam kumpulan yang mana berasa tanggungjawab dengan tugasan yang diberikan dan membuat pembahagian tugasan.
Penglibatan seimbang pula ialah pengamalan proses pembelajaran berpusatkan murid. Murid akan terlibat dengan interaksi antara rakan dan juga dengan kandungan pembelajaran.
Interaksi serentak menjurus kepada pentingnya murid lebih  banyak bercakap, meluahkan pendapat tanpa mengenepikan tugas guru. Mereka dapat berinterasi secara berpasangan atau sebagainya . Pembelajaran Koperatif menekankan interaksi pelajar perlu berlaku bagi meningkatkan pencapaian. Dapatan beberapa kajian menunjukkan terdapat hubungan antara interaksi pelajar di dalam kumpulan dengan pencapaian mereka (King, 1990; Peterson & Swing, 1985; Ross & Raphael, 1990).
  
-       Terdapat empat jenis pembelajaran koperatif yang dikemukan oleh oleh Arends (2001), yaitu;
1.        Student Teams Achievement Division (STAD)
2.        Group Investigation
3.        Jigsaw
4.        Structural Approach

-       Kelebihan pembelajaran koperatif ialah

o   Dapat memupuk pencapaian tinggi tanpa mewujudkan pembelajaran yang bercorakan persaingan dan individualistik. Murid akan cuba untuk membina semangat bahawa pencapaian tujuan bersama hanya boleh dilakukan secara bersama.
o   Kumpulan murid cerdas dapat membantu kumpulan murid yang rendah.
o   Kajian menunjukkan perhubungan etnik bertambah baik.
o   Dapat menghasilkan pembentukan kemahiran sosial dan perhubungan sosial secara positif. Mengajarkan kepada murid mengenai keterampilan kerjasama dan kolaborasi (Ibrahim, 2000,12).
o   Dapat menunjukan peningkatan signifikan konsep kendiri pelajar
o   Mempunyai kawalan diri dalaman dan bermotivasi
o   Kebolehan murid dapat dipertingkatkan dalam memainkan peranan dalam aktiviti kognitif dan afektif.


2.     

No comments:

Post a Comment