Tuesday, August 24, 2010

MAIN PERANAN



  •  Satu teknik mengajar dalam bilik darjah.
  • Merupakan satu lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip.  
  • Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
  • Dengan kata lain ain peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada murid2 lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
  • Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
  • Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannyamelalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
  •  Melalui aktiviti ini, murid dapat mengukuhkan kemahiran bertutur dan melatih diri untuk berfikir secara spontan supaya dapat menyelesaikan masalah secara pantas dan terkawal.

-           
PRINSIP-PRINSIP MAIN PERANAN.

  1. -          Untuk menghasilkan main peranan yang menyeluruh dan menyeronokkan, senario, peranan dan taklimat latar hendaklah dipadankan.
  2. -          Peranan pelajar dalam main peranan hendaklah jelas agar perjalanan main peranan berjalan lancar.
  3. -          Peserta diberikan masa yang cukup untuk mebuat persediaan.
  4. -          Masa yang paling sesuai diperuntukkan untuk aktiviti main peranan adalah antara 15-20 minit.



JENIS-JENIS MAIN PERANAN.

1.     MEMERIHAL
  •    Salah satu cara berkomunikasi dengan pelajar memerihalkan sesuatu masalah
  •    Contoh : pelajar meminta kebenaran daripada Guru Besar untuk mengadakan satu lawatan sambil belajar.


2.    DEMONSTRASI
  •    Menunjukkan cara melakukan sesuatu tingkah laku atau perlakuan agar pelajar lain boleh mencontohi seperti cara bertutur dengan betul dalam sesuatu situasi.


3.    LATIHAN
  •    Melatih pelajar untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti kemahiran bertutur dalam situasi perbualan formal.

4.    CERMINAN
  •    Menunjukkan bagaimana sesuatu pelakuan itu dilihat oleh orang lain.


5.    KEPEKAAN
  •        Mewujudkan kesedaran mengenai perasaan mereka terhadap sesuatu situasi ataupun orang lain


TUJUAN 
  1.          Untuk kuasai kemahiran. 
  2.     Melatih murid bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan   
  3.     Melatih murid kemahiran menyusun ayat menggunakan sebutan yang tepat. 
  4.     Untuk membina pemikiran secara analitis dan kitis.
  5.     Murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk mengambarkan cara penyelesaian yang dilakukan
  6.     Untuk membina sikap positif.
  7.     Masalah yang ditimbulkan dalam situasi yang terkawal melibatkan unsur2 pertentangan sosial.
  8.          Melalui simulasi, konflik ini dapat diselesaikan.
  9.     Untuk kaitkan isi pelajarandengan aspek afektif.
  10.     Melalui lakonan berdasarkan isi pelajaran Pendidikan Moral, murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain.
  11.     Untuk membawa situasa yang sebenar ke dalam bilik darjah.
  12.     Menjelaskan konsep ‘demokrasi’ murid2 boleh berlakon penggundi2 dalam situasi pilihan raya yang direka.
  13.     Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.
  14.      Penguasaan kemahiran bahasa boleh dicapai melalui aktiviti perbincangan dalam aktiviti kumpulan.
  15.     Membantu murid mempertingkatkan penuasaan kemahiran bahasa dengan berkesan.



PRINSIP2 PELAKSANAAN SIMULASI
  • *      Guru rancang situasi yang bermasalah dan wujudkannya secara bertulis/ lisan di dalam kelas.
  • *      Sebelum jalankan aktiviti lakonan, penerangan ringkasa tentnag masalah, peranana watak2 tempoh masa sesi simulasai perlu diberikan.
  • *      Pilih murid yang mahir dalam pertuturan sebagai pelakon.
  • *      Skrip lakonan disediakan & diedarkan kepada murid2 yang dipilih untuk berlakon untuk berlakon terlebih dahulu.
  • *      Sediakan alatan seperti topeng untuk  berlakon (jika perlu).
  • *      Semasa sesi berlangsung, guru pastikan murid lain menjadi penonton benar2 menumpukan perhatian terhadap cara penyelesaian masalah.
  • *      Selepas sesi simulasi, bermaindisediankan
  • *      Suatu rumusan harus dicapai



CIRI-CIRI MODEL BANDURA.
  1. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.
  2. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.
  3. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model.
  4. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.
  5. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.


 Langkah2 Pelaksanaan Simulasi
  • 1.     Guru mewujudkan satu situasi bermasalah yang disediakan.
  • 2.    Guru terangkan secara ringkas tentang situasi bermasalah peranan watak2 & teAmpoh lakonan.
  • 3.    Guru memilih murid2 menjadi pelakon2
  • 4.    Murid2 berdasarkan watak2, mainkan peranan merekamereka dalam sesi simulasi sambil menunjukkan cara penyelesaiannya.
  • 5.    Guru bincang dengan murid tentang prestasi pelakon2 & cara menyelesaikan masalah.
  • 6.    Guru membimbing murid2 membuat rumusan.



CONTOH2 SIMULASI
1.     Pemusatan kepada masalah.
-          Murid berbincabg tentang masalah dan membuat keputusan serta menyelesaikan masalah.
-          Contoh2 situasi: i. Menetukan lokasi sesuai untuk pembinaan komdominium.
           ii. Vandelisme harta benda sekolah.

2.    Pemusatan kepada penerbitan.
-          Murid berbincang tentang sesuatu rancangan untuk menghasilkan suatu projek atau penerbitan.
-          Contoh2 situasi: i. Menerbitkan majalah
                                  ii. menerbitkan rancangan berita televisyen.

CONTOH PELAJARAN MELALUI TEKNIK SIMULASI
Mata Pelajaran : Sains/Pendidikan moral
Tajuk               : Cara haiwan melindungi dirinya dengan hidup secara berkelompok.
Watak-watak   : Harimau, anak kerbau, sekumpulan lembu.
LANGKAH2 MENGAJAR :
1.     Permulaan.
-          Guru wujudkan satu situasi.
-          Cth: seekor anak kerbau diburu oleh seekor harimau. Bagaimana anak kerbau deapat diselamatkan?
2.    Sesi simulasi (lakonan)
-          Seorang murid memakai topeng harimau mrngejar seorang murid yang memakai patung anak kerbau.anak kerbau berlari dengan perasaan takut tetapi bsempat dilindungi oleh murid2 yang memainkan peranan sebagai kerbau hidup sekelompok.
-          Kerbau membentuk satu bulatan melindungi anak kerbau di dalamnya.
-          Harimau cuba masuk bulatan tetapi tidak Berjaya dan akhirnya meninggalkan sekumpulan kerbau dengan perasaan kecewa.

3.    Penutup:
-          Guru bincang dengan murid tentang lakonan yang telah selesai dijalankan.
-          Guru bombing nurid membuat rumusan yang mengaitkannya dengan konsep perpaduan rakyat.



SIMULASI

KONSEP

  • Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.                                                                                                                                    
  • Suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang tekawal dan diwujugkan sama dengan situasi dengan tujuan menjalankan latihan penyelesaian masalah tertentu.. Digunakan dalam P & P bilik darjah untuk membolehkan pelajar berlatih sendiri dalam lakonan.
  •  Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
  • Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.
  • Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.
  • Murid jalankan sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara pemyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan.
  •  Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
  • Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran

JENIS2 SIMULASI

1.    Sosiodrama.

-          Suatu aktiviti lakonan yang menarik.
-          Berdasarkan suatu cerita yang menggambarkan suatu situasi atau isu konflik,mempunyai perwatakan menentang nilai sosial.
-          Aktiviti lakonan berdasarkan cerita yang lengkap, skrip lakonan yang disediakan untuk murid2 supaya mereka dapat membaca dan membuat persediaan.

-          Prinsip2 sosiodrama:
                     i.        Pastikan situasi yang diwujudkan adalah berkaitan dengan pengalaman murid2.
                    ii.        Pilih murid yang fasih dan lantang percakapannya.
                  iii.        Murid hendaklah memahami peranannya dengan jelas.
                   iv.        Murid boleh diberi masa untuk membuat persediaan.
                    v.        Menarik perhatian murid2 lain tentang aspek yang perlu diberi perhatian.
                   vi.        Pasatikan keadaan emosi sosiodrama dapat dikawal.
                 vii.        Peringkat akhir, adakan perbincangan dan buat satu rumusan.

-          Tujuan :
                     i.           Meningkatkan kefahaman murid2 terhadap satu2 situasi tertentu.
                    ii.         Menimbulkan kesedaran tentang mengapa satu2 perbuatan itu dianggap salah.
                  iii.        Memberikan peluang kepada murid untuk melahirkan perasaan.
                   iv.        Member peluang kepada murid melakonkan pelbagai watak.
        v.   Membantu murid berkomunikasi secara berkesan





PENGENALAN MODEL SOSIAL

Model Sosial
Pembelajaran
Koperatif


Model pembelajar ini berfokuskan kepada perkembangan konsep dan kemahiaran melalui kerja berkumpulan.
Kaedah ini akan meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan anatar ahli kumpulan dan pembelajaran ini juga  mempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid-murid.

Main Peranan
& Simulasi
Main peranan membantu murid-murid memahami tingkahlaku sosial ,peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah dengan berkesan. (Watak lakonan) Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui demonstrasi,praktis dan latihan khusus.

Main peranan amat berguna dalam P&P sains sosial di mana murid-murid kita dapat memahami keprihatinan,nilai dan perspektif orang lain.
Simulasi membantu murid-murid untuk melihat perwakilan objek yang sebenar.

Tokoh Model Sosial

 


ALBERT BANDURA

        ·         Lahir pada 4 Disember 1925 di Mundare kanada.
        ·         Merupakan anak bongsu daripada enam orang adik   beradik. 
        ·       Bapanya : Bandura berasal dari Krakow, Poland
        ·         Ibunya berasal dari Ukrain.

            Taraf pendidikan :



  • Pendidikan awal melalui bapanya yang amat  menekankan ilmu dan  mengajarkannya tiga bahasa iaitu : Polish, Russian, dan German.
  • Bersekolah sehingga sekolah tinggi di satu-satunya  sekolah di bandar tersebut.
  • Meneruskan pembelajaran di University Of Collumba.
  • Mengambil jurusan psikologi pada awalnya untuk mengisi masa lapang. 
  • Akhirnya pada tahun 1949 lulus dari Universiti British Columbia dalam jurusan psikologi.    
                                                             


Teori Albert Bandura :

1.      Bandura banyak terpengaruh dengan pendekatan teori pembelajaran untuk meneliti tingkah laku manusia.
2.      Bandura mengkaji bagaimana persepsi kita terhadap ancaman boleh mempengaruhi rembesan neurotransmitters serta hormon yang berkaitan dengan tekanan ke dalam pengaliran darah - mengutarakan efeksi kendiri.
3.      Menurut beliau, manusia adalah makhluk yang bersifat proaktif, sentiasa membuat refleksi kendiri, mempunyai kebolehan kawalan kendiri dan berupaya mengurus diri.


Kajian : Patung Bobo

1.Berkaitan proses pembelajaran yang melibatkan individu melihat dan meniru tingkah laku orang lain.
2.kanak-kanak tadika dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk menonton video.

Kumpulan 1
Kajian: video orang dewasa bertindak kasar terhadap patung Bobo dan diberi peneguhan.
Kesan: Kumpulan 1 : bertindak ganas seperti dalam video.

Kumpulan 2
Kajian: menonton tindakan yang sama tanpa diberi peneguhan.
Kesan: bertindak ganas selepas diberi peneguhan.

Kumpulan 3
Kajian: video orang dewasa yang tidak bertindak ganas terhadap patung Bobo.
Kesan: tidak bertindak ganas.




Proses modeling.
1.      Pemerhatian
-          Proses yang berlaku berulang kali dalam peniruan tingkah laku model.
-          Tumpuan pemerhatian merujuk kepada faktor tarikan seperti berwarna, dramatik dan keinginan mendalam terhadap sesuatu.
-          Contoh: kanak-kanak sering melihat ibunya memasak di dapur.

2.      Pengekalan/ penyimpanan
-          Proses mental
-          Tingkah laku yang telah dilihat akan dibentuk dalam bentuk imej atau verbal.

1.      Penghasilan semula
-           Dari proses mental, tingkah laku dipindahkan dalam 
        bentuk perbuatan.
-          Memerlukan latihan dan praktis bagi mencapai apa yang 
        telah disimpan dalam proses mental
-          Contoh: main masak-masak = kanak-kanak mula main 
        peranan (play pretend) seperti apa yang telah dilihat.

2.      Peneguhan dan motivasi.
-          Melalui meneguhan dan dendaan
-          Penghasilan semula tingkah laku melalui sebab-sebab   
        konkrit : seronok, gembira, sedih, gagal.
-          Contoh: kanak-kanak akan selalu bermain dan meminta  
        untuk membeli alat permainan yang baru.