Sunday, November 21, 2010

Setabah Namanya Seteguh Imannya


Assalamualaikum

Semalam menonton drama bertajuk Masyitah lakonan Masyitah (Umie Aida), Helmi (Eizlan Yusof,) Fariz (Farimie) dan ramai lagi...jalan cerita ini sangat menyayatkan hati...hampir mengalir air  mata ketika menonton cerita ini.. kagum dengan ketabahan watak Masyitah di mana dia berusaha untuk menjadi isteri, ibu dan menantu yang baik..tabahnya Masyitah dalam mendidik anaknya Fariz yang cacat , tabahnya dalam menghadapi sikap suaminya Halim yang tidak mahu menerima hakikat kecacatan anaknya, tabahnya dalam menerima layanan ibu mertuanya yang malu dengan cucunya dan tidak menyukai dirinya.


Takkala itu, terkenang saya pada alkisah Masyitah semasa zaman Firaun. Disebutnya nama Masyitah, umum mengetahui sejarah dan kekuatan di sebalik nama terukir.. Hebatnya insan bergelar Masyitah kerana terpilih antara insan yang terbaik di dunia...apakah rahsianya?apakah kekuatannya?apakah yang tersirat sebalik nama ini?mari kita terokai...

Dalam sejarah tertulis, Masyitah berkhidmat sebagai penyikat rambut kepada puteri Firaun, dan beliau mempunyai seorang anak yang masih kecil. Peristiwa yang menarik untuk ditenung bersama iaitu sedang Masyitah menyisir rambut tuan puteri,terlucut sikat dari tangannya dan terlatah serta disebutnya asma Allah,

“Allahu Akbar”

Asing nama tersebut pada gegendang telinga puteri Firaun lalu bertanya,

“Kalimah apakah yang engkau sebut wahai Masyitah?

Dijawabnya Masyitah dengan penuh keyakinan, “ Itulah Tuhanku yang Esa iaitu Allah, tiada yang lebih berkuasa melainNya”

Menimbulkan seribu persoalan pada kotak minda puteri tersebut,

“Bukankah ayahandaku tuhan kepada semua?”

“Wahai tuan puteri, tuanku hanya manusia biasa seperti yang lain” jawab Masyitah tanpa ragu-ragu.

Dikhabarkan kepada ayahandanya mengenai jawapan Masyitah dan menimbulkan kemuncak kemarahan Firaun lalu dipanggilnya Masyitah,

“Benarkah apa yang diperkatakan oleh puteriku?”

“Ya tuanku, hanyalah Allah Tuhanku yang Maha Esa dan tuanku hanya manusia biasa seperti mana kami semua”

Subanallah, berani Masyitah kerana kebenaran..berhadapan dengan manusia bernama Firaun yang terkenal dengan kekejamannya..

Disediakan kawah berisi minyak yang sangat panas dan diperintahkan Masyitah terjun di dalamnya bersama anaknya yang masih kecil, timbul perasaan belas dalam hatinya mengenangkan anaknya namun dengan kuasa Allah, anaknya dapat berkata-kata,

“Wahai ibuku, janganlah engkau khuatir dengan diriku, sesungguhnya di sisi Allah adalah kemulian yang dicari”

Terjunlah Masyitah bersama-sama mukjizat kata-kata anaknya.. 
sama-sama kita contohi ketabahan Masyitah yang seteguh namanya..^_^

pendidik untuk dididik

No comments:

Post a Comment