Sunday, November 21, 2010

Setabah Namanya Seteguh Imannya


Assalamualaikum

Semalam menonton drama bertajuk Masyitah lakonan Masyitah (Umie Aida), Helmi (Eizlan Yusof,) Fariz (Farimie) dan ramai lagi...jalan cerita ini sangat menyayatkan hati...hampir mengalir air  mata ketika menonton cerita ini.. kagum dengan ketabahan watak Masyitah di mana dia berusaha untuk menjadi isteri, ibu dan menantu yang baik..tabahnya Masyitah dalam mendidik anaknya Fariz yang cacat , tabahnya dalam menghadapi sikap suaminya Halim yang tidak mahu menerima hakikat kecacatan anaknya, tabahnya dalam menerima layanan ibu mertuanya yang malu dengan cucunya dan tidak menyukai dirinya.


Takkala itu, terkenang saya pada alkisah Masyitah semasa zaman Firaun. Disebutnya nama Masyitah, umum mengetahui sejarah dan kekuatan di sebalik nama terukir.. Hebatnya insan bergelar Masyitah kerana terpilih antara insan yang terbaik di dunia...apakah rahsianya?apakah kekuatannya?apakah yang tersirat sebalik nama ini?mari kita terokai...

Dalam sejarah tertulis, Masyitah berkhidmat sebagai penyikat rambut kepada puteri Firaun, dan beliau mempunyai seorang anak yang masih kecil. Peristiwa yang menarik untuk ditenung bersama iaitu sedang Masyitah menyisir rambut tuan puteri,terlucut sikat dari tangannya dan terlatah serta disebutnya asma Allah,

“Allahu Akbar”

Asing nama tersebut pada gegendang telinga puteri Firaun lalu bertanya,

“Kalimah apakah yang engkau sebut wahai Masyitah?

Dijawabnya Masyitah dengan penuh keyakinan, “ Itulah Tuhanku yang Esa iaitu Allah, tiada yang lebih berkuasa melainNya”

Menimbulkan seribu persoalan pada kotak minda puteri tersebut,

“Bukankah ayahandaku tuhan kepada semua?”

“Wahai tuan puteri, tuanku hanya manusia biasa seperti yang lain” jawab Masyitah tanpa ragu-ragu.

Dikhabarkan kepada ayahandanya mengenai jawapan Masyitah dan menimbulkan kemuncak kemarahan Firaun lalu dipanggilnya Masyitah,

“Benarkah apa yang diperkatakan oleh puteriku?”

“Ya tuanku, hanyalah Allah Tuhanku yang Maha Esa dan tuanku hanya manusia biasa seperti mana kami semua”

Subanallah, berani Masyitah kerana kebenaran..berhadapan dengan manusia bernama Firaun yang terkenal dengan kekejamannya..

Disediakan kawah berisi minyak yang sangat panas dan diperintahkan Masyitah terjun di dalamnya bersama anaknya yang masih kecil, timbul perasaan belas dalam hatinya mengenangkan anaknya namun dengan kuasa Allah, anaknya dapat berkata-kata,

“Wahai ibuku, janganlah engkau khuatir dengan diriku, sesungguhnya di sisi Allah adalah kemulian yang dicari”

Terjunlah Masyitah bersama-sama mukjizat kata-kata anaknya.. 
sama-sama kita contohi ketabahan Masyitah yang seteguh namanya..^_^

pendidik untuk dididik

Wednesday, November 17, 2010

ALHAMDULILLAH 2

bertamu lagi kalam Alhamdulillah..

Pertamanya ungkapan terima kasih buat pensyarah kami Pn. Zainiyah bt. Md. Zin..terpegun kami dengan semangat dan kesungguhan beliau dalam membantu kami menjayakan projek kami... semangat itu kami tugukan dalam diri buat jadi penguat dan azimat....

27 hingga 28 Oktober 2010 sekali lagi kami menyertai Pertandingan Inovasi 2010 peringkat IPGMKBM di mana pertandingan ini disertai oleh semua opsyen dan 'batch'...sangat mendebarkan kerana peryertaan kali ini sangat besar...

Tema pertandingan kali ini ialah inovasi pengajaran dan bahan bantu mengajar...inovasi utama kami ialah pada proses pengajaran dan pembelajaran di mana kami menggunakan KSSR 2011 BM Tahun 1..kami menyelitkan unsur didik hibur dalam pengajaran Tatabahasa yang digunakan dalam pengajaran Buku Besar Lima Ekor Kumbang..

Apa yang  menarik dalam pertandingan ini ialah dapat dilihat kreativiti dan inovatif yang ada pada pelatih guru IPGMKBM..macam-macam bahan bantu mengajar yang dihasilkan...mantap!!




Walaupun tidak berjaya merebut tempat dalam 10 terbaik, kami berjaya memperoleh Anugerah Khas dan merupakan kejutan yang tidak disangka...pada awalnya agak bersedih kerana tidak terpilih pada saringan pengadilan kali kedua namun akhirnya terubat dengan penerimaan anugerah tersebut...malahan kami beranggapan telah gagal untuk membalas kembali budi baik dan kesungguhan Pn. Zainiyah dan oleh itu kami tujukan khas anugerah ini buat beliau...

Kami terpilih dalam Anugerah Khas ini kerana kelainan yang dilaksanakan oleh pojek ini iaitu pelaksanaan KSSR 2011 dan berfokuskan kepada proses pnp..terima kasih kepada juri yang menilai...Alhamdulillah
~~Alhamdulliah~~           











ALHAMDULILLAH 1

09 Oktober 2010, berlangsung pertandingan Pendagogi peringkat PISMP ambilan Jan 2010 bertempat di perkarangan Dewan Za'ba IPGKBM...dan turut disertai kami dengan tajuk Buku Besar Lima Ekor Kumbang..
tujuan diadakan pertandingan ini ialah mendedahkan pelatih guru dengan penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang bersesuaian dan disokong oleh bahan bantu mengajar yang menarik dan bertepatan dengan objektif RPH..
kami memenangi hadiah saguhati yang menawarkan wang tunai sebanyak RM30..walaupun hanya memenangi hadiah saguhati namun kami cukup berpuas hati kerana hasil kerja kami masih ada potensi dan agak menarik.. Menurut penilai, BBM yang dihasilkan menarik namun kelemahannya ialah pada pelaksanaan RPH kami.. bukan nilai ringgit yang menjadi igauan tetapi gunungan pengalaman untuk diabadikan pada masa akan datang...
BBM : BUKU BESAR LIMA EKOR KUMBANG & TOPI KUMBANG
INSYA ALLAH BAKAL GURU YANG TERBAIK

pendidik untuk dididik..