- Satu teknik mengajar dalam bilik darjah.
- Merupakan satu lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip.
- Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
- Dengan kata lain ain peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada murid2 lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
- Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
- Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannyamelalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
- Melalui aktiviti ini, murid dapat mengukuhkan kemahiran bertutur dan melatih diri untuk berfikir secara spontan supaya dapat menyelesaikan masalah secara pantas dan terkawal.
-
PRINSIP-PRINSIP MAIN PERANAN.
- - Untuk menghasilkan main peranan yang menyeluruh dan menyeronokkan, senario, peranan dan taklimat latar hendaklah dipadankan.
- - Peranan pelajar dalam main peranan hendaklah jelas agar perjalanan main peranan berjalan lancar.
- - Peserta diberikan masa yang cukup untuk mebuat persediaan.
- - Masa yang paling sesuai diperuntukkan untuk aktiviti main peranan adalah antara 15-20 minit.
JENIS-JENIS MAIN PERANAN.
1. MEMERIHAL
- Salah satu cara berkomunikasi dengan pelajar memerihalkan sesuatu masalah
- Contoh : pelajar meminta kebenaran daripada Guru Besar untuk mengadakan satu lawatan sambil belajar.
2. DEMONSTRASI
- Menunjukkan cara melakukan sesuatu tingkah laku atau perlakuan agar pelajar lain boleh mencontohi seperti cara bertutur dengan betul dalam sesuatu situasi.
3. LATIHAN
- Melatih pelajar untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti kemahiran bertutur dalam situasi perbualan formal.
4. CERMINAN
- Menunjukkan bagaimana sesuatu pelakuan itu dilihat oleh orang lain.
5. KEPEKAAN
- Mewujudkan kesedaran mengenai perasaan mereka terhadap sesuatu situasi ataupun orang lain
TUJUAN
- Untuk kuasai kemahiran.
- Melatih murid bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan
- Melatih murid kemahiran menyusun ayat menggunakan sebutan yang tepat.
- Untuk membina pemikiran secara analitis dan kitis.
- Murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk mengambarkan cara penyelesaian yang dilakukan
- Untuk membina sikap positif.
- Masalah yang ditimbulkan dalam situasi yang terkawal melibatkan unsur2 pertentangan sosial.
- Melalui simulasi, konflik ini dapat diselesaikan.
- Untuk kaitkan isi pelajarandengan aspek afektif.
- Melalui lakonan berdasarkan isi pelajaran Pendidikan Moral, murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain.
- Untuk membawa situasa yang sebenar ke dalam bilik darjah.
- Menjelaskan konsep ‘demokrasi’ murid2 boleh berlakon penggundi2 dalam situasi pilihan raya yang direka.
- Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.
- Penguasaan kemahiran bahasa boleh dicapai melalui aktiviti perbincangan dalam aktiviti kumpulan.
- Membantu murid mempertingkatkan penuasaan kemahiran bahasa dengan berkesan.
PRINSIP2 PELAKSANAAN SIMULASI
- Guru rancang situasi yang bermasalah dan wujudkannya secara bertulis/ lisan di dalam kelas.
- Sebelum jalankan aktiviti lakonan, penerangan ringkasa tentnag masalah, peranana watak2 tempoh masa sesi simulasai perlu diberikan.
- Pilih murid yang mahir dalam pertuturan sebagai pelakon.
- Skrip lakonan disediakan & diedarkan kepada murid2 yang dipilih untuk berlakon untuk berlakon terlebih dahulu.
- Sediakan alatan seperti topeng untuk berlakon (jika perlu).
- Semasa sesi berlangsung, guru pastikan murid lain menjadi penonton benar2 menumpukan perhatian terhadap cara penyelesaian masalah.
- Selepas sesi simulasi, bermaindisediankan
- Suatu rumusan harus dicapai
CIRI-CIRI MODEL BANDURA.
- Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.
- Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.
- Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model.
- Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.
- Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.
Langkah2 Pelaksanaan Simulasi
- 1. Guru mewujudkan satu situasi bermasalah yang disediakan.
- 2. Guru terangkan secara ringkas tentang situasi bermasalah peranan watak2 & teAmpoh lakonan.
- 3. Guru memilih murid2 menjadi pelakon2
- 4. Murid2 berdasarkan watak2, mainkan peranan merekamereka dalam sesi simulasi sambil menunjukkan cara penyelesaiannya.
- 5. Guru bincang dengan murid tentang prestasi pelakon2 & cara menyelesaikan masalah.
- 6. Guru membimbing murid2 membuat rumusan.
CONTOH2 SIMULASI
1. Pemusatan kepada masalah.
- Murid berbincabg tentang masalah dan membuat keputusan serta menyelesaikan masalah.
- Contoh2 situasi: i. Menetukan lokasi sesuai untuk pembinaan komdominium.
ii. Vandelisme harta benda sekolah.
2. Pemusatan kepada penerbitan.
- Murid berbincang tentang sesuatu rancangan untuk menghasilkan suatu projek atau penerbitan.
- Contoh2 situasi: i. Menerbitkan majalah
ii. menerbitkan rancangan berita televisyen.
CONTOH PELAJARAN MELALUI TEKNIK SIMULASI
Mata Pelajaran : Sains/Pendidikan moral
Tajuk : Cara haiwan melindungi dirinya dengan hidup secara berkelompok.
Watak-watak : Harimau, anak kerbau, sekumpulan lembu.
LANGKAH2 MENGAJAR :
1. Permulaan.
- Guru wujudkan satu situasi.
- Cth: seekor anak kerbau diburu oleh seekor harimau. Bagaimana anak kerbau deapat diselamatkan?
2. Sesi simulasi (lakonan)
- Seorang murid memakai topeng harimau mrngejar seorang murid yang memakai patung anak kerbau.anak kerbau berlari dengan perasaan takut tetapi bsempat dilindungi oleh murid2 yang memainkan peranan sebagai kerbau hidup sekelompok.
- Kerbau membentuk satu bulatan melindungi anak kerbau di dalamnya.
- Harimau cuba masuk bulatan tetapi tidak Berjaya dan akhirnya meninggalkan sekumpulan kerbau dengan perasaan kecewa.
3. Penutup:
- Guru bincang dengan murid tentang lakonan yang telah selesai dijalankan.
- Guru bombing nurid membuat rumusan yang mengaitkannya dengan konsep perpaduan rakyat.