Tuesday, August 24, 2010

SIMULASI

KONSEP

  • Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.                                                                                                                                    
  • Suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang tekawal dan diwujugkan sama dengan situasi dengan tujuan menjalankan latihan penyelesaian masalah tertentu.. Digunakan dalam P & P bilik darjah untuk membolehkan pelajar berlatih sendiri dalam lakonan.
  •  Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
  • Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.
  • Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.
  • Murid jalankan sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara pemyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan.
  •  Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
  • Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran

JENIS2 SIMULASI

1.    Sosiodrama.

-          Suatu aktiviti lakonan yang menarik.
-          Berdasarkan suatu cerita yang menggambarkan suatu situasi atau isu konflik,mempunyai perwatakan menentang nilai sosial.
-          Aktiviti lakonan berdasarkan cerita yang lengkap, skrip lakonan yang disediakan untuk murid2 supaya mereka dapat membaca dan membuat persediaan.

-          Prinsip2 sosiodrama:
                     i.        Pastikan situasi yang diwujudkan adalah berkaitan dengan pengalaman murid2.
                    ii.        Pilih murid yang fasih dan lantang percakapannya.
                  iii.        Murid hendaklah memahami peranannya dengan jelas.
                   iv.        Murid boleh diberi masa untuk membuat persediaan.
                    v.        Menarik perhatian murid2 lain tentang aspek yang perlu diberi perhatian.
                   vi.        Pasatikan keadaan emosi sosiodrama dapat dikawal.
                 vii.        Peringkat akhir, adakan perbincangan dan buat satu rumusan.

-          Tujuan :
                     i.           Meningkatkan kefahaman murid2 terhadap satu2 situasi tertentu.
                    ii.         Menimbulkan kesedaran tentang mengapa satu2 perbuatan itu dianggap salah.
                  iii.        Memberikan peluang kepada murid untuk melahirkan perasaan.
                   iv.        Member peluang kepada murid melakonkan pelbagai watak.
        v.   Membantu murid berkomunikasi secara berkesan





PENGENALAN MODEL SOSIAL

Model Sosial
Pembelajaran
Koperatif


Model pembelajar ini berfokuskan kepada perkembangan konsep dan kemahiaran melalui kerja berkumpulan.
Kaedah ini akan meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan anatar ahli kumpulan dan pembelajaran ini juga  mempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid-murid.

Main Peranan
& Simulasi
Main peranan membantu murid-murid memahami tingkahlaku sosial ,peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah dengan berkesan. (Watak lakonan) Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui demonstrasi,praktis dan latihan khusus.

Main peranan amat berguna dalam P&P sains sosial di mana murid-murid kita dapat memahami keprihatinan,nilai dan perspektif orang lain.
Simulasi membantu murid-murid untuk melihat perwakilan objek yang sebenar.

Tokoh Model Sosial

 


ALBERT BANDURA

        ·         Lahir pada 4 Disember 1925 di Mundare kanada.
        ·         Merupakan anak bongsu daripada enam orang adik   beradik. 
        ·       Bapanya : Bandura berasal dari Krakow, Poland
        ·         Ibunya berasal dari Ukrain.

            Taraf pendidikan :



  • Pendidikan awal melalui bapanya yang amat  menekankan ilmu dan  mengajarkannya tiga bahasa iaitu : Polish, Russian, dan German.
  • Bersekolah sehingga sekolah tinggi di satu-satunya  sekolah di bandar tersebut.
  • Meneruskan pembelajaran di University Of Collumba.
  • Mengambil jurusan psikologi pada awalnya untuk mengisi masa lapang. 
  • Akhirnya pada tahun 1949 lulus dari Universiti British Columbia dalam jurusan psikologi.    
                                                             


Teori Albert Bandura :

1.      Bandura banyak terpengaruh dengan pendekatan teori pembelajaran untuk meneliti tingkah laku manusia.
2.      Bandura mengkaji bagaimana persepsi kita terhadap ancaman boleh mempengaruhi rembesan neurotransmitters serta hormon yang berkaitan dengan tekanan ke dalam pengaliran darah - mengutarakan efeksi kendiri.
3.      Menurut beliau, manusia adalah makhluk yang bersifat proaktif, sentiasa membuat refleksi kendiri, mempunyai kebolehan kawalan kendiri dan berupaya mengurus diri.


Kajian : Patung Bobo

1.Berkaitan proses pembelajaran yang melibatkan individu melihat dan meniru tingkah laku orang lain.
2.kanak-kanak tadika dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk menonton video.

Kumpulan 1
Kajian: video orang dewasa bertindak kasar terhadap patung Bobo dan diberi peneguhan.
Kesan: Kumpulan 1 : bertindak ganas seperti dalam video.

Kumpulan 2
Kajian: menonton tindakan yang sama tanpa diberi peneguhan.
Kesan: bertindak ganas selepas diberi peneguhan.

Kumpulan 3
Kajian: video orang dewasa yang tidak bertindak ganas terhadap patung Bobo.
Kesan: tidak bertindak ganas.




Proses modeling.
1.      Pemerhatian
-          Proses yang berlaku berulang kali dalam peniruan tingkah laku model.
-          Tumpuan pemerhatian merujuk kepada faktor tarikan seperti berwarna, dramatik dan keinginan mendalam terhadap sesuatu.
-          Contoh: kanak-kanak sering melihat ibunya memasak di dapur.

2.      Pengekalan/ penyimpanan
-          Proses mental
-          Tingkah laku yang telah dilihat akan dibentuk dalam bentuk imej atau verbal.

1.      Penghasilan semula
-           Dari proses mental, tingkah laku dipindahkan dalam 
        bentuk perbuatan.
-          Memerlukan latihan dan praktis bagi mencapai apa yang 
        telah disimpan dalam proses mental
-          Contoh: main masak-masak = kanak-kanak mula main 
        peranan (play pretend) seperti apa yang telah dilihat.

2.      Peneguhan dan motivasi.
-          Melalui meneguhan dan dendaan
-          Penghasilan semula tingkah laku melalui sebab-sebab   
        konkrit : seronok, gembira, sedih, gagal.
-          Contoh: kanak-kanak akan selalu bermain dan meminta  
        untuk membeli alat permainan yang baru.








Model Pembelajaran Kolaboratif

1.     Pembelajaran Kolaboratif

-       Menurut kamus Dewan (1998), kolabaratif membawa makna kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih. Ianya juga boleh ditafsirkan sebagai berusaha bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama.

-       Pembelajaran kolaboratif merupakan model pembelajaran yang melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama ke arah mencapai pretasi murid.   
“ Collaboration may be defined as learning in a group that involves an instructional method which encourages students to work in the learning and knowledge-building communities, exploring each other's skills while providing social support and modelling and observing the contribution of each member on a defined academic task ” (Jonassen, 1995).

“may be defined as a place where learners may work together and support each other as they use a variety of tools and information resources in their guided pursuit of learning goals and problem-solving activities ” 

-       Pebelajaran kolaborasi melibatkan kerjasama dari semua hli kumpulan dalam menyiapkan tugasan dan juga mencapai matlamat yang diingini.
-       Menurut Colen, model pembelajaran ini mempunyai tiga matlamat yang utama iaitu
i.              Matlamat intelek
ii.            Matlamat sosial
iii.           Matlamat penyelesaian masalah disiplin

 Terdapat perkaitan model pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaborasi dari segi pelaksanaan pendekatan dan strategi pengajaran serta kriteria asas menjayakanya. Dalam skop pendidikan, model ini menekankan pembelajaran secara berkumpulan yang dibimbing oleh guru dan saling bertukar idea serta menyumbangkan pelbagai kemahiran dalam menyelesaikan tugasan. Dari aspek pendekatan pula, model pembelajaran ini adalah berasaskan kepada kepercayaan ahli dalam kumpulan untuk membentuk semangat kerjasama demi mencapai objektif. 

Roger Johnson (1987) dalam bukunya Education Leadership, ibubapa memandang positif dengan model ini kerana merasakan anak-anak mereka dapat dilatih cara memimpin, membuat keputusan, dan menguruskan masalah demi keperluan masa depan. 

Kriteria asas yang dipegang oleh model pembelajaran koperatif dan kolaborasi ialah
i.              Mempunyai semangat saling bergantungan.
Semua ahli dalam kumpulan saling membantu dan bersatu hati dalam mencapai pretasi yang baik.
ii.            Kemahiran sosial
Interaksi dan berkomunikasi dalam kumpulan sangat penting untuk berkongsi kemahiran, membina kepercayaan dan menguruskan konflik.
iii.           Kesedaran akauntabiliti individu
Setiap ahli perlu sedar dan peka dengan tanggungjawab yang diberikan dalam menyiapkan tugasan atau projek.
iv.           Penilaian kumpulan
Penilaian dilakukan secara berkala dan dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan projek atau tugasan berjalan lancar.

Menurut Slavin (1994), terdapat empat faktor yang mempengaruhi pengajaran yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran (quality of intruction), kesesuaian tahap pengajaran (appropriate level of instruction), insentif (incentive) dan masa pengajaran (time of intruction). http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/shahrilUM.pdf    

  Pelaksanaan Strategi, kaedah dan teknik mengajar secara koperatif dan kolaboratif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ialah
  1. 1.    Murid dibahagikan dalam kumpulan mengikut saiz yang sesuai dan diberikan nama bertujuan untuk memudahkan mengindentifikasikan mereka.
  2. 2.    Objektif, bahan pelajaran yang digunakan serta langkah-langkah melaksanakan aktiviti perlu dinyatakan.
  3. 3.    Penjelasan mengenai prosedur melaksanakan aktiviti. Guru perlu menyampaikan isi pengajaran secara tersusun dan sistematik  (Kallison, 1986);  menggunakan bahasa yang jelas dan mudah (Land, 1987), penerangannya yang jelas, dan  memberi contoh-contoh yang  berkaitan (Mayer & Gallini, 1994);
  4. 4.    Menentukan dan menghuraikan kemahiran koperatif yang diperlukan.
  5. 5.    Akauantabiliti dalam kumpulan perlu ditegaskan semasa memberikan penjelasan.
  6. 6.    Guru membimbing murid cara membuat penilaian dan ukuran tentang kejayaan usaha bersama. 


Model Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif


-       Kooperatif adalah suatu gambaran kerjasama antara individu yang satu dengan lainnya dalam suatu ikatan tertentu. Ikatan–ikatan tersebut yang menyebabkan antara satu dengan yang lainnya merasa berada dalam satu tempat dengan tujuan–tujuan yang secara bersama–sama diharapkan oleh setiap orang yang berada dalam ikatan itu.

Pemikiran tersebut hanya merupakan suatu gambaran sederhana apa yang tersirat tentang kooperatif. Sedangkan pengertian dari pembelajaran kooperatif menurut para ahli pendidikan adalah sebagai berikut:

-       Eggen dan Kauchak (1993: 319) mendefinisikan pembelajaran kooperatif sebagai sekumpulan strategi mengajar yang digunakan guru agar murid saling -membantu dalam mempelajari sesuatu. Pembelajaran kooperatif ini juga dinamakan “belajar teman sebaya.”      (http://blog-anakdesa.blogspot.com/2010/01/teori-belajar-kooperatif.html)
-       Model pembelajaran koperatif bukan sahaja membantu pelajar dalam menguasai kandungan pembelajaran, tetapi membantu mereka memperoleh kemahiran dalam aspek sosial dan perhubungan manusia. 
-       Menurut Arends (2001), fokus utama pembelajaran berkisar kepada tiga perkara iaitu
i.              Pencapaian akademik
ii.            Penerimaan kepelbagaian
iii.           Kemahiran sosial

-       Ciri-ciri model pembelajaran ini ialah
i.              Tugasan koperatif
ii.            Matlamat
iii.           Struktur ganjaran

-       Semangat kerjasama murid dalam menyiapkan tugasan sangat dititik beratkan demi mencapat matlamat yang sama dan juga untuk mendapat ganjaran bersama. 

-       Menurut Salvin (2005), model ini merupakan satu pembelajaran aktif yang berupaya untuk mengubah struktur pembelajaran yang pasif kepada lebih dinamis dan berpusatkan murid. Mereka akan bekerjasama dan saling bergantungan untuk menuju pencapaian satu matlamat secara berpasukan. ( Heinich et. al.,2005 )

-       Umumnya, pembelajaran ini bermatlamatkan untuk mengubah norma dalam kalangan pelajar demi mencapai kecemerlangan dalam tugasan dan pembelajaran.  malahan, dapat mendatangkan manfaat kepada kumpualn pelajar yang mempunyai pencapaian yang rendah di mana dibantu oleh kumpualn pelajar yang cemelang. Situasi ini dipanggil saling bergantungan dalam menyelesaikan tugasan secara bersama.

-       Kaedah pembelajaran menggunakan idea ‘scaffolding’:
o   Pelajar dibahagi kepada kumpulan-kumpulan kecil 
o   Setiap kumpulan ditetapkan objektif pencapaiannya
o   Objektif kumpulan hanya boleh dicapai apabila semua ahli kumpulan dapat       menyempurnakan tugas masing-masing
o   Gred akhir ditentukan oleh skor diperolehi setiap individu

-       Terdapat enam konsep utama yang ditekankan iaitu :

i.              Pasukan
Kumpulan yang dibentuk tidak terlalu menumpukan kepada saiz dan bilangan murid yang terlibat. Namun, kebiasaannya kumpulan yang  dibentuk mempunyai 3 atau 4 orang ahli dan memberikan imej yang positif serta mampu berkekalan dalam suatu tempoh masa.
Menurut Kagan (1994),   ahli dalam kumpulan saling bergantungan antara satu sama lain di mana saling menerima dan memberikan sokongan. Aspek yang ditekankan ialah mempunyai ahli yang memiliki tahap pencapaian yang berbeza iaitu cerdas, sederhana dan lemah serta berbilang kaum atau etnik.

ii.            Pengurusan pembelajaran koperatif.
Kagan (1994) berpendapat, untuk mendapatkan situasi yang kondusif dalam pembelajaran ini perlu disediakan kemahiran pengurusan yang efisen. Contohnya ialah ; mengadakan Quiet Signal, kedudukan pelajar, kemahiran memberikan arahan, cara menarik perhatian murid, kemahiran menyoal serta peranan membimbing kumpulan.

iii.           Keinginan  untuk bekerjasama
Antara yang dapat diapliksikan ialah pembentukan pasukan, kegunaan tugasan koperatif dan sistem penghargaan atau ganjaran. Tujuannya ialah bagi memastikan setiap ahli dalam kumpulan dalam membentuk pasukan yang beridentitikan positif seperti saling mengormati dan berkasih sayang. Dari segi kegunaan tugasan koperatif pula, guru memainkan peranan yang sangat penting di mana seharusnya menyediakan tugasan yang memerlukan penglibatan murid dalm kumpulan secara menyeluruh. Sistem penghargaan yang dibentukan adalah untuk memotivasikan murid. Terdapat dua cara untuk guru memberikan motivasi  kepada pelajar supaya terus belajar (Slavin, 1994).
Pertama, guru perlu menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pelbagai alat  Bantu Mengajar (ABM).  Kedua, guru boleh memberi insentif kepada pelajar dengan cara  memberikan  ganjaran atau pujian kepada pelajar yang dapat menguasai sesuatu kemahiran atau memberi dendaan kepada pelajar yang tidak  dapat menguasai sesuatu kemahiran.               

iv.           Kemahiran untuk bekerjasama
Pentingnya kemahiran sosial dalam pembelajaran koperatif. Cara membentuknya ialah melalui pemerhatian, pemodelan, main peranan, penerangan, peneguhan dan latihan atau amalan kemahiran sosial.
Menurut Kagan, empat kaedah yang paling penting ialah pemodelan dan peneguhan, tugasan main peranan, penstrukturan dan refleksi.

v.            Prinsip-prinsip pembelajaran koperatif
Antara prinsipnya ialah kebergantungan positif (P : Positive Interdepence), akauantabiliti individu (I : Indivindual Accountability), penglibatan seimbang (E : Equal Participation) dan interaksi bersemuka (S : simultaneous Interaction).
Kebergantungan positif ialah ahli anggota dalam kumpulan mempunyai korelasi yang positif. Kejayaan yang diperolehi hasil daripada sikap saling bergantungan untuk mencapai matlamat.
Akauantabiliti individu pula sikap ahli dalam kumpulan yang mana berasa tanggungjawab dengan tugasan yang diberikan dan membuat pembahagian tugasan.
Penglibatan seimbang pula ialah pengamalan proses pembelajaran berpusatkan murid. Murid akan terlibat dengan interaksi antara rakan dan juga dengan kandungan pembelajaran.
Interaksi serentak menjurus kepada pentingnya murid lebih  banyak bercakap, meluahkan pendapat tanpa mengenepikan tugas guru. Mereka dapat berinterasi secara berpasangan atau sebagainya . Pembelajaran Koperatif menekankan interaksi pelajar perlu berlaku bagi meningkatkan pencapaian. Dapatan beberapa kajian menunjukkan terdapat hubungan antara interaksi pelajar di dalam kumpulan dengan pencapaian mereka (King, 1990; Peterson & Swing, 1985; Ross & Raphael, 1990).
  
-       Terdapat empat jenis pembelajaran koperatif yang dikemukan oleh oleh Arends (2001), yaitu;
1.        Student Teams Achievement Division (STAD)
2.        Group Investigation
3.        Jigsaw
4.        Structural Approach

-       Kelebihan pembelajaran koperatif ialah

o   Dapat memupuk pencapaian tinggi tanpa mewujudkan pembelajaran yang bercorakan persaingan dan individualistik. Murid akan cuba untuk membina semangat bahawa pencapaian tujuan bersama hanya boleh dilakukan secara bersama.
o   Kumpulan murid cerdas dapat membantu kumpulan murid yang rendah.
o   Kajian menunjukkan perhubungan etnik bertambah baik.
o   Dapat menghasilkan pembentukan kemahiran sosial dan perhubungan sosial secara positif. Mengajarkan kepada murid mengenai keterampilan kerjasama dan kolaborasi (Ibrahim, 2000,12).
o   Dapat menunjukan peningkatan signifikan konsep kendiri pelajar
o   Mempunyai kawalan diri dalaman dan bermotivasi
o   Kebolehan murid dapat dipertingkatkan dalam memainkan peranan dalam aktiviti kognitif dan afektif.


2.